Quantcast
Channel: sinopsis – Puanbee.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 11

Mr boss miss stalker , Drama adaptasi Novel oleh Aesya Azahar

0
0

Wah dah lama Ashraf Muslim tak muncul di layar televisyen , mimpi apakah agaknya Ashraf Muslim menerima tawaran lakonan kali ini ye ? Tiada gosip di sini.Saya cuma nak share sinopsis dari novel Mr. Boss Miss Stalker ni. Rasanya boleh ikut drama ni kalau tak sibuk sangat lah. Ini lah peluang nak santai dan rehat setelah seharian melakukan tugas hakiki gitu.  Mr. Boss Miss Stalker di slot Dahlia TV3 mulai 22 April 2016, setiap hari Jumaat hingga Ahad, pukul 6.58 petang.

Sinopsis Novel : Mr Boss Miss Stalker oleh Aesya Azahar.

Lakonan Mia Ahmad dan Ashraf Muslim
Lakonan Mia Ahmad dan Ashraf Muslim

Sara Azreen (lakonan Mia Ahmad ) diberikan tugasan untuk menyelidik latar belakang suspek pembunuhan Tan Sri Jalil, bernama Hariz Zhafran (Ashraf Muslim ). Disuruh untuk memohon kerja di Mentari Angkasa Sdn Bhd, syarikat milik Hariz Zhafran membuatkan mereka berdua mula saling tertarik.
Namun, tugasan baru Sara Azreen untuk membuat Hariz Zhafran jatuh cinta kepadanya demi memudahkan siasatan meresahkan Sara Azreen apabila dia terpaksa melibatkan hati dan perasaan dalam siasatannya.
Apa yang merumitkan lagi keadaan ialah Hariz Zhafran melamarnya. Perlukah dia beritahu Hariz Zhafran perkara yang sebenar atau terus mengikut arahan Encik Hamzah untuk memerangkap Hariz Zhafran?
“Antara nyata dan mimpi…
Ada hati yang ingin kutawan…
Tapi, dalam lain dimensi…
Hatiku kau jadikan tawanan….”

Ingin tahu apakah yang akan berlaku seterusnya? Mr. Boss Miss Stalker di slot Dahlia TV3 mulai 22 April 2016, setiap hari Jumaat hingga Ahad, pukul 6.58 petang.

Layari laman web www.tv3.com.my serta Facebook, Twitter & Instagram TV3Malaysia untuk mendapatkan berita terkini. Penonton yang terlepas menyaksikan rancangan ini boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my.

Biodata Mia Ahmad – satu kampung maa dengan admin puanbee

  • Nama penuh: Shamiha Binti Ahmad Baderi
  • Nama Popular: Mia Ahmad
  • Umur: 28 Tahun (2016)
  • Asal: Taiping, Perak
  • Twitter: https://twitter.com/miaahmad
  • Instagram:
  • Facebook: https://www.facebook.com/miaahmadofficial
  • Kerjaya : Model Freelance, Model Iklan & Pelakon
  • Pendidikan: SMK (P) Treacher Methodist, Taiping
  • Drama & Telefilem: Romi Cinta Julia, Rindu Awak 200%, Atie Setan, Ku Tak Rela, Hati Perempuan

SELAMAT MENONTON 

 

The post Mr boss miss stalker , Drama adaptasi Novel oleh Aesya Azahar appeared first on Puanbee.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 11

Latest Images

Trending Articles





Latest Images